Monday 31 December 2012

cara-cara menjawab survey Ipanelonline


salam,
 jumpa lagi yuhhh
ok, 
sekarang ni nita nak tunjuk sikit cara menjawab survey online, ni law  teman-teman nak dapatkan point yang lebih..

baca cara-cara dekat bawah ni jom :D
(tips ni pon nita copy jew tapi memang sangat berguna)

Tips menjawab survey online.

1. Mula2 daftar guna email valid
    Daftar guna email yang valid pastu jangan tipu2 untuk daftar. Tapi kalau dalam 1 umah de anak bini nak daftar bole gak. survey online ni dibaca ikut ip address.So biasanya 1 ip untuk 1 akaun.

2. Menjawab dalam bahasa yang difahami
    Bila menjawab survey guna la bahasa yang kita faham. Walaupun kita pandai bahasa lain tapi takut de perkataan yang kita tak paham. Bila da tak paham mula la jawab ntah pe2 tah. So pilih bahasa yang kita paham. Kalau bahasa yang tak paham tentu akan amek masa yang lama untuk jawab survey.

3. Jawab dengan jujur.
    Sebenarnya bole jawab tak jujur tapi nanti pening la pe ditanya tak paham sebab kita tak mengalami pe yang sebenarnya berbanding orang yang ada pengalaman dalam sesuatu benda. Tapi disebabkan korang nak jawab survey sgt n nak bagi pendapat sgt so terpulang la kat korang tuk tipu dari segi demografi ke,gender ke,tapi jgn smpai kena denda point lak. klu nasib baik selamat la diorg tak detect sgt.

4. Buat survey cepat2 dan kalau bole menjadi orang terawal
    Kat survey ni kalau quota da penuh kita tak boleh la amek bahagian lagi. sapa2 yang ada smartphone ke ipad ke linkkan email ngan gadget.bila dapat email akan di notify seawal mungkin. dengan cara tu kita akan menjadi orang terawal menjawab survey.

5. Jawab "tiada satu pun di atas"
   Bila di tanya pasal pekerjaan anda atau saudara mara yang terlibat dalam industri pemasaran ke,pengiklanan ke,pegeluaran produk ke so korang jawab "tiada satu pun di atas". Sah2 diorang ni company survey so takut la orang lain tiru produk yang diorg nak tanya dalam survey.

kepada teman-teman yang belum mendaftar, jom join sekarang :)
selamat mencuba

sila klik link ini jika ingin mendaftar dalam Ipanelonline :

jumpa lagi ya..
wasalam 
senyum-senyum selalu

usaha yang gigih insyaAllah dibalas dengan kebaikkan

buat duit guna Ipanelonline

salam.. hee :)
apa khabar teman-teman..
jom nita nak tunjuk sikit cara buat duit yang mudah,  bukan lah lumayan sangat, 
tapi bagi mereka-mereka yang zaman sekarang ni suka online memanjang, 
baik kita buat benda berfaedah juga..
 jom cari duit :)
mari baca sini


 Kat sini terdapat laman web yang sanggup membayar orang-orang yang mengambil peluang untuk menjawab survey. Syarikat survey ni biasanya syarikat besar yang menjalankan penyelidikan dan pendapat orang ramai bagi mengeluarkan produk2 baru di pasaran. 

 Setiap survey akan di bayar atau ada juga yang memberikan voucher untuk pembelian. Kat sini akan diterangkan survey yang bayar dalam bentuk cash.

Ipanel online Malaysia


         Ipaneonline ni program untuk jawab survey. Syarikat ipanelonline ni dari china. diorang ni kerja untuk buat research/penyelidikan untuk capture product/merangka barang baru, cari market baru dan macam2 maklumat.jadi kita,dapatkan duit dengan  bekerja buat survey online . dalam survey ni ada quota untuk survey. contohnya satu survey untuk 10000 org dari malaysia n mungkin 700 dari setiap negeri.So kalau bukak ari2 so tau la ada survey baru dan cepat2 buat. Orang yang cepat dapat rewarding point.reward point pulak dari 100-2000point. 100 point sama dengan Rm 1. Amek masa tak lama pun buat survey ni.Kalau lambat dia akan tulis quota penuh, pengambilan sample penuh n sebagainya. Buat survey online ni kita bole buat dalam macam2 bahasa. pilih la yang mana paham pun english ke,melayu ke,chinese ke.


        Duit akan dimasukkan pada akaun paypal kita n kita bole request point serendah 5ringgit bersamaan 500point. biasanya proses transfer duit amek masa 1-2 hari. Nak bukak akaun paypal ni senang je. Bukak https://www.paypal.com/my/webapps/mpp/home tak de charge pun. free je. Amek personal account. link kan kad kredit / kad debit dengan akaun paypal.
ikut je instruction paypal InsyaAllah akan jadi. Duit dari paypal kita bole keluarkan bila2 masa. masuk ke dalam akaun kad kredit / kad debit kita. Suggestion paling baik linkkan RHB debit kad dengan paypal. bole jugak guna mana-mana debit kad bank-bank lain atau boleh juga guna debit kad maybank yang ada gambar cherry tu.

Kita akan dapat point refferal klu perkenalkan kat orang. Insyallah buat iPanel ni bole tambah pendapatan.

So korang boleh cuba untuk active kan account dengan klik kat bawah ni :

http://my.ipanelonline.com/register?inviter_id=1517294

tapi pastikan anda buat akaun paypal dulu.

Dan kalau teman-teman nak tahu kenapa kita perlu masuk Ipanelonline ni jom baca bawah ni


Kaji selidik Online membuat cadangan dan pendapat anda dianggap penting!

Mempengaruhi Persatuan dan Orang:
① Membantu pengilang dan syarikat-syarikat meningkatkan kualiti produk dan sikap perkhidmatan
② Benar pendapat peribadi dan syarikat-syarikat bantuan cadangan atau organisasi perkhidmatan tahu tentang keperluan pengguna terhadap produk atau perkhidmatan tertentu yang menjadikan mereka sewajarnya mempertimbangkan pendapat mereka dalam pembangunan, reka bentuk dan peningkatan produk untuk memaksimumkan kepuasan mereka.
③ accuracy menjawab kaji selidik menjejaskan hasil daripada membuat keputusan dan kualiti produk dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna;
④ Mana-mana kaji selidik untuk anda, keluarga dan rakan-rakan anda untuk membuat kehidupan yang lebih baik.

oklah,
selamat mencuba dan semoga berjaya.
wasalam.

Rezeki ada dimana-mana dan perlu berusaha untuk mendapatkannya

Sunday 30 December 2012

menjunjung amanah ( mari kita berzakat )

salam..
hee :)
jom dengar lagu nasyid daripada kumpulan Raihan
tajuknya menjunjung amanah
dimana PPZ telah menjunjung amanah mereka
dalam menjalankan tugas :)


jom layan lagu ni :)
pasti tertawan
rajin-rajin la bersedekah yew
wasalam semua


memberi itu amalan mulia

Thursday 20 December 2012

belajar di KL yang sempoi

Salam
selamat pagi cikgu.. ops!!
teringat masa zaman sekolah2x dulu
tp sekarang tak lagi
bila pensyarah masuk jew
masing-masing baca doa dan niat sendiri untuk belajar

Di banggunan MJIIT, tingkat 9
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
( terdapat seorang mahasiswa sedang melakukan aktiviti yang mencurigai )
siapakah dia?
jom baca artikel ini seterusnya......

orang lain tengah focus2x belajar..
inila kerja nita.. tengok menara KLCC sambil berangan..
ishh.. x da la..
focus juga..cuma kadang-kadang
mata ni curik-curik pandang menara-menara kat luar tu
kalau lecture tahu ni.. kompem kena panggil..

bila tengok banggunan-bangunan kat luar tu 
x tahu x tafsir macam mana..
hebatnya Allah kan..
memberikan ilham kepada manusia untuk membuat banggunan yang bertingkat-tingkat mcam tu
sampai ada yang terpaksa berhimpit antara satu sama lain lagi...


hehehe...
sambil berangan-berangan ni..
sama-sama muhasabah diri bila lihat kehebatan Allah

ehh tengok 2... menara berkembar depan mata jew
masa ni tengah belajar Operation Management,
tetiba.. teringat masa dulu-dulu..
batak  dan jakun sangat bila nampak menara KLCC 
kalau ada rombongan ke KL berebut-rebut nak pegi
bila nampak KLCC je sampai kepala x toleh-toleh dah
terlalu teruja tengok KLCC
tp sekarang.. Alhamdulillah.. KLCC kini depan mata je


pemandangan 180 darjah drp menara MJIIT UTMKL
cantikkan??? boleh la kot..


pemandangan 180 darjah drp menara MJIIT UTMKL
terdapat menara baru UTM yang nipis tu.. wuuuu

dua gambar 180 darjah dekat atas ni, nita amik satu-satu.. pastu cantumkan guna photoshop
nak amik drp jauh dengan keluasan macam ni,
 memang x dapat la kan.. 
terpaksa la nita naik helikopter kang..
hehehe..
kalau rasa tak jelas gambar ni.. 
pandai-pandai la klik pada gambar ye untuk ZOOM

ini sahaja artikel tentang budak yang mencurigai itu..rupa-rupanya
dia senang membuat onar ketika belajar..
sila beritahu kepada emaknya supaya
dia dimarahi...
hahaha

ini semua hanya gurauan yang memboringkan..
sebenarnya nita cuma nak kongsi gambar-gambar
bila belajar dekat banggunan MJIIT itu jew..
disebabkan teruja nampak infrastuktur di KL ni.

ok lah.. terima kasih sudi melihat
jumpa lagi ya..
belajar rajin-rajin..
seenyum-senyum selalu... mcm ni
:D :D :D
wasalam


"belajar sampai ke menara gading.. bukan hanya di menara yang tinggi"

design softboard baru utk sem 4 :)

salam..
hee..
jumpe lagi disini..
disebabkan line wifi yang x dapat
membuatkan nita tergendala untuk update blog

bukan cerita best.. tapi saja nak menunjuk bakat yang ada
ish2... x baik.. jangan sampai datang rasa over ujub sudah
penyakit hati tu..
ubatnya perlu berzikir banyak-banyak..

x nak cakap banyak,meh tengok apa nita buat dekat meja belajar nita

hee... senyum-senyum selalu jika mahu gembira

tada.... baru beli bunga,
itu yang excited sangat nak design meja
beli bunga dekat Festival mall KL
murah-murah jew x mahal..
geledah-geledah barang utk make up2x meja
 jumpe pulak rantai, di sebabkan lama dah x guna
hah!! disitu la tempat barunya.

mula kan harian kita dengan bismillah
hehehe... ni belum siap lagi.. 
next dua hari kemudian nita tambah bunga-bunga dekat softboard
sila lihat bawah.. hehehe

taraaaaaa......cantikkan..
btw kawan-kawan nita ramai yang jeles dan nak suruh nita
tolong make up kan softboard dorang
hehhee.. insyaAllah jika rajin la ye..


masih kosong... sekarang ni dalam perancangan nak tambah apa lagi
macam pra sekolah la nanti meja belajar nita
tapi apa yang penting kita gembira
 bila lihat bilik kita kemas dan banyak warna-warna ceria.

nita memang minat seni 
tapi sekadar mengisi masa lapang..
jadi teman-teman,
jika ada bakat tu.. tonjolkan la
ini hanya perkongsian..


ok lah...nita nak sambung buat exciment ni
jumpe lagi dilain hari..
wasalam semua
gembira-gembira selalu


keceriaan membawa kebahagiaan

Friday 7 December 2012

popiah seafood "nyummy"

salam teman-teman..
selamat pagi..
terasa lama pulak x update blog yg serba serabai ni
jadi.. sebagai pembuka bicara untuk pagi ni
nita nak hidangkan sarapan pagi
iaitu POPIAH SEAFOOD
nyummy.. mmg sedap :) rugi sapa yg x nak
heloo, ni nita buat sendiri tau
bajet pandai la nita ni

sapa nak blaja ikut la cara-cara yg ada 2...

meh nita kongsi sikit rahsia resepi keluarga nita :)
keluarga nita menjual popiah ni ketika bulan puasa
mak kata : bila kita kongsi rahsia resepi kita,
insyaAllah orang-orang akan buat benda yang sama 
dan kita boleh perbaiki resepi kita jadi yang lebih baik
 dan yang lebih penting SEDAP!!!

bahan2x..
* 3 biji lobak merah ( cincang halus atau sagat je)
* 1 biji sengkuang ( buat kaedah yg sama mcm lobak)
* 1 sudu teh perencah sedap (pasti sedap)
* 2 ulas bawang putih
* 100 gm sotong kecil ( cincang halus)
* 3 batang isi ketam ( ketam segera tau)
* 1 plastik kulit popiah

kemudian tumis jew semua bahan2x ni...
ringkas kan.. x susah buatnya, kemudian balut la cantik2x
* kalau guna ayam, daging atau udang pon boleh
yang pasti popiah ni sedap.

*hanya gambar hiasan ( maaf tuan gambar nita curik)
nita x da gambar yang siap digoreng kerana x sempat nak ambil dah habis dalam perot.
hehehe


masa nita balik kolej, nita bawak la popiah seafood ni 
kekawan kata sedap dan memang licin dorang makan
:: nita dah bingung, dorang ni lapar kot itu yang rasa sedap dimakan::
hahhaa...tapi memang sedap ok..
selamat mencuba popiah ni..
terima kasih sudi membaca

wasalam teman
smile always :D

hati yang baik lahir daripada sikap yang pemurah

Friday 16 November 2012

dunia baru jiwa tetap lama

salam...
selamat malam bute 
hehhee..
har ini, hari pertama nita tinggal di kolej baru
sebelum di dekat 
kolej kediaman siswa semarak
tapi
sekarang di pindahkan di kolej lain iaitu
kolej kediaman siswa jaya macam gambar dekat bawah ni

masih dalam menyesuaikan suasana baru

sebab kena pindah??
kolej lama akan akan di buat tempat parking bertingkat katanya
jadi kami semua penduduk kolej
kediaman siswa semarak diarahkan berpindah
ermm :(
lepas ni tak dapat la nak bersenang lenang lagi sebelum pergi kelas
sebab kolej lama dalam kampus
kelas depan mata jew
sekarang dah jauh

ni gambar lama, gambar sekarang kolej warna oren

banyak dugaan masa nak buat perndaftaran kolej ni
macam manapun hadapi dugaan dengan tenang
semoga suasana lebih baik di tempat baru
amin..



belajarlah menghormati orang, agar orang bisa menghormati kita kembali

Tuesday 6 November 2012

header baru, finish!!

salam.. 
selamat malam teman,
macam la nita ni ada teman kan, perasan jew..
bukan nak tunjuk apa,
saja nak tunjuk ni hahhhh :-
header baru

santai jew kan..

jenuh nita edit benda ni, walaupun agak simple 
dan cuma potong-potong pastu gabungkan semua gamabr-gambar ni, 
tapi payah sebenarnya nak cari keseimbangan dalam gambar ni,
dan nak memilih warna yang sesuai amatlah memakan masa
setelah selama 1 jam lebih..
jadilah benda ni..
taraaaaa :)

dalam mengedit gambar ni, kena ada ketelitian
tapi nita buat ni, 
saja-saja... itu yang x berapa kemas
erm..

ni masa mula- mula nita edit..
ada bee berdiri..
tapi x nampak santai di situ
jadi nita tambah la lagi seekor bee sedang baring..


bila dah tambah lagi seekor, adoyai..
rasa macam x sesuai la pulak jadi nita pun buang la bee yang berdiri tu
dan seterusnya jadi la bee sedang pandang kamo tu
 macam yang kat header atas tu la...
hehhee..
nampak agak santai konon-konon nya
ibarat macam kita la, 
baring-baring macam bee tu sambil blogwalking.


ni pulak header lama..
yang ni nita guna photoscape
 tu yang nampak kurang bermaya macam ni jew 
sebab permulaan blaja buat blog,
pulak tu, dah memang pemilihan warna agak banyak
jadi membuatkan header ni nampak agak serabut dan tulisan x jelas

ok lah, x nak cite panjang..nanti cepat jemu
terima kasih menjenguk..
insyaAllah nita buat lagi yang better k..

wasalam teman.. smile :D


manusia perlu membuat perubahan yang membina

Monday 5 November 2012

jom gedik2x blogwalking

salam...
x da kerja. masa ni la nak cari kerja
cuti-cuti sem ni x taw nak buat apa selain tolong mak
asik mengadap laptop memanjang..
dan asik tido jew lelagi tengah musim hujan ni
tengah lepak-lepak ni tetiba teringat nak buat sesuatu
iaitu :-
jejalan dekat blog orang pastu tinggalkan link..
itu lah kerja nita sekarang ni
apa guna buat blog kan kalau duduk saja
yeahhh!! masa untuk berkerja
dan menambah rakan-rakan blog
hehehe
x da yang istimewa pon dalam blog nita ni..
tapi apa nak di kesahkan, 
x menjejaskan sesapa pon..
dah-dah, nita x nak bebel banyak


selamat singgah dekat blog yang x cantik ni :P

comelnya budak ni..
bak kata akak ipar " kalau dapat la budak ni, dh gigit-gigit pipinya..tembamnya"
hehehe.. alololo

hah!! terkeluar loghat negeri..padahal nita ni jawa..
haaa....

nasib la yew sapa yang kena ganggu dengan nita ni yew
gara-gara tengah gila nak blogwalking
nanti dah masa masuk U x sempat dah nak jelajah blog 
korang-korang :D

selamat malam
smile always ::^_^::
wasalam



berkawan biar ramai tapi jangan gaduh-gaduh ok 

Thursday 1 November 2012

arabian night masa dinner KSS :)

salam.. heee...
erm.. x penting pon ni
sori, sori, sori...
tetibe mintak sori kan...
x da pape lah...
sebenarnya story tentang ni nita dah terlewat sangat nak update
biasa la, bz sebab nak final exam..
bila dah lapang macam ni baru rasa nak update..
hampir sebulan lewatnya, ish2

dinner KSS atau lebih dikenali sebagai 
Malam Penganugerahan Kolej di Kediaman Siswa Semarak UTMKL
sempena memberi penghargaan kepada ahli-ahli JKM (jawatan kuasa mahasiswa)
yang banyak membantu kolej bagi menjaga kebajikan mahasiswa 

tema pada malam 2 adalah arabian night
kitorang buat dekat luar, x buat dalam dewan macam biasa
tempat di dataran MJIIT
semua yang terlibat adalah penghuni-penghuni KSS
serta VIP-VIP yang berwibawa..
hehehe

x macam, minah arab pon :P hahaha..
ni first time nita make up bila ada dinner
dah mcam hantu pon ada... hehhee


ni adalah pengarah program, masa dinner 2.. 
nita biasa panggil akk nina
btw nita memang sangat tinggi...
2 yang nampak x stabil :P
tahniah  akk nina kerana program berjalan lancar :)



ni la dia kekawan nita masa duduk semeja..
bukan main lagi dorang..
comel-comel semuanya


makanan arab.. nyum-nyum.. mmg nampak sedap.. 
tapi harus berjaga-jaga.. banyak kolestrol ni
mana la x makin chub-chub nita ni... haaaa


alhamdulillah dapat banyak hadiah.. hahaha
muka happy tu...
terima kasih dekat pengetua, felo-felo, majlis tertinggi 
serta penghuni Kediaman Kolej Kediaman Siswa Semarak
sebab memberikan nita hadiah ni..
hargai sangat.. nita pon x sangka..
pada malam tu nita dapat anugerah mahasiswa berpotensi.. 
alhamdulillah

kitorang after habis majlis... posing-posing jap... 
muka akk pkai baju warna coklat tu happy sangat dapat bunga besar..
cantik lak tu.. nak juga...:P


haaaa... macam-macam reaksi dorang buat...apa yang penting happy :)
dari kiri, sue, kakfah , nita , kak ieda dan wahida
rindu korang <3


penutup bicara, budak x sedar diri yang besar ni
 nak ucapkan terima kasih sebab rajin sangat nak tengok
 dan baca status x seronok ni...

selamat malam kawan-kawan..
smile :)
wasalam



senyuman terbaik adalah senyuman yang paling ikhlas daripada hati

Wednesday 31 October 2012

cara membuat tempahan barang

salam.. hee :)
apakhabar.. mesti ada yang terkejut kena tiba-tiba nita menjual la pulak ni.. hehee
saja-saja mengisi ruang hidup ni dengan sesuatu yang baru..
hah.. nampak x gambar kat bawah ni???
 kat bawah ni adalah maklumat-maklumat yang nita nak oleh pelanggan yang ingin menempah barang-barang di blog nita ni..
x perlu la tiru sebijik-sebijik macam gambar ni 
ckup saja butiran yang anda bagi itu lengakap ok..
dan hantarkan butiran tersebut di dalam email nita
iaitu rieta_smile@yahoo.com
itu saja..
selepas membuat tempahan, nita akan bagi nombor bank 
kemudian bolehlah bank in bayaran tersebut
nita akan hantar barangan selepas pembayaran selesai sahaja ok..
jika dah membuat tempahan tidak boleh membuat pembatalan..

sekadar contoh sahaja.

jika terdapat masalah atau runsingan, sila email kepada nita k :) 
terima kasih dan wasalam semua
smile :)

Monday 29 October 2012

hari raya korban d sg tengi

salam.. hee :) 
mukadimah dimulakan dengan senyuman pembukaan daripada kami...
:D :D :D
hehehe... pada 26.10.2012 ialah hari raya aidiladha 
atau pon dikenali sebagai hari raya haji atau hari raya korban..
dimana berlakunya upacara korban di serata dunia 
kecuali dimekah dimana mereka menunaikan ibadat wajib iaitu ibadah haji :)
nita x nak cakap banyak 
cuma nak tunjuk la sikit gambar-gambar semasa hari kejadian
saksikan....

ni makan free dekat rumah jiran sebelah dipagi raya, hari jumaat.
 mereka buat kenduri selamat serta mengadakan makan-makan untuk tetamu..
nyum2... makan bakso serta rendang ayam :D


orang kampung berkerja sama membahagiakan daging korban


ini la dia hero kami... model kepala lembu :D


orang kampung tidak melepaskan peluang untuk sama-sama bergotong royong..
bagus-bagus.. toleransi sungguh


amboi.. tengok tu.. bukan main lagi gayanya. seperti seorang penyembelih yang pakar..
ada gaya dan nampak wowwww :) bersinar-sinar parangnya tu.. hebat-hebat


" ehh... tengok tu kilogramnya wak... udah ke belom tu? "
boleh berdialog sebentar


kiraan bagi timbangan mestilah sama supaya daging yang untuk di sedekahkan bagi orang kampung adil dan saksama...
kerjasama oleh semua pihak sangat penting...


mereka ni antara model-model serta wartawan yang terlibat untuk sesi pengambaran sepanjang sesi pengorbanan dijalankan...

disebabkan sesi penyembelihan ini di buat di belakang rumah nita, 
jadi mudahlah kami untuk turut serta...
kebetulan kawasan belakang tu sangat lapang, 
memang sesuai la..
sebanyak 5 ekor lembu yang dikorbankan...
pada keesokan harinya iaitu hari sabtu pon ada yang masih membuat korban
tapi nita tidak terlibat...
:)

ok lah.. sampai disini sahaja.
assalammualaikum..

segalanya dimuka bumi ini milik Allah S.W.T

Friday 26 October 2012

selamat tinggal cover lama

salam...
hee :) 
sekarang ni nita tengah on the way buat perubahan pada blog...
yang kedua ni... x la seceria yang pertama ni
warna pon x la pink...
hehee...
jadi, terima jew la ye perubahan ni...
nita nak buat perubahan pada blog daripada semasa ke semasa
walaupun kedua ni x cantik... 
jangan merungut ok..
hehehhe
pulak dah nita tengok ramai yang suka letak gambar kat title blog...
jadi nita pon tiru la... hehhe








tema kali ni, nita x nak ceria-ceria macam dulu
tapi nak kelihatan lebih formal konon-kononnya
tapi x tahu la jadi ke tak nanti..

selamat malam..
wasalam.
smile always


setiap apa yang berlaku tidak akan kekal selamanya

Thursday 25 October 2012

adik-adik kita dh nak SPM

salam..
hai ... 
entah kat sapa la nita ni ucap hai 2...ish2

besok dah nak hari Raya Aidiladha 
ataupun dikenali sebagai raya korban serta raya Haji.
tapi.............................
 panjang tapinya.. keluarga nita lansung tak buat apa-apa persiapan lagi..
mana taknya, raya Haji tahun ni, 
semua ahli keluarga yang sudah berumahtangga
 meraka tidak balik ke kampung 
sebab hari Raya Aidilfitri yang lepas mereka dah raya dekat rumah sini.

erm... dalam seronok-seronok beraya ni... 
jangan lupa pula wahai adik-adik yang akan menjalankan SPM 5.11.2012 ni..
ingat !!... lembu-lembu juga, buku jgn lupa...
oleh kerana adik- adik dah nak SPM 
akk nita ada kad ucapan istimewa untuk adik-adik semua
 sebagai memberi semangat di saat-saat akhir ni.
jenuh juga la akak nita tacap sana tacap sini..
walaupun x cantik kad ni, 
tapi harap apa yang akak nak sampaikan untuk adik-adik tu sampai 
:D

kepada adik nita = Muhammad Maaruf Fitri binti Abdullah

adik arop = ita doakan adik dapat menjawab peperiksaan SPM nanti dengan baik serta mendapat keputusan yang cemerlang nanti...semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan semasa menjawab peperiksaan nanti. amin...


kepada semua adik-adik yang lain, 
akak nita juga mendokan yang terbaik untuk kalian semua 
serta mendapat keputusan yang baik...
tidak kira adik nita sendiri ataupun adik-adik yang lain
SEMOGA BERJAYA akak nita ucapkan
dan apa yang lebih penting USAHA + DOA + TAWAKKAL
malah, kita perlu redha oleh ketentuan Allah 
kerana hanya Allah saja tahu apa yang terbaik 
untuk hamba-hambanya.

barang siapa yang menanam, dia akan menuai,
barang siapa yang berusaha, dia akan berjaya .

chaiyok-chaiyok...
wasalam :)
senyum selalu..

ya Allah berikanlah diri ku kejayaan didunia dan akhirat  
( al falah)

Monday 22 October 2012

burger oblong pedas :D

salam.. 
heee :)
kenyang rasanya malam ni.. mana tak nya,
nita dah buat makanan fast food yang special sangat
untuk seisi keluarga nita ni...
iaitu Oblong daging...
nyum2...

ni namanya sos banjir... hahaha

hasil buatan nita ni, x kemas lansung... bersepah2 sos...
btw memang sedap la kan hasil air tangan sendiri
paling kecian kat family nita,
kepedasan, mana tak nya, nita letak lada putih sebagai pengganti lada itam..
kaw2 hot n spice nye...
nita buat 4 set burger oblong untuk 4 orang makan..
tapi nita jew dah makan dua,
 mana tak gemok dan bertambah2 besarnya la hai badan ni...
heee :) dah la makan malam2x

besok pagi kena senam ni...(berangan je lebih)
mana tak nya
bahagia duduk di rumah..
x pernah rasa lapar :D

ok lah enjoy... :)
selamat malam dan wasalam


kehidupan ceria bersama keluarga tersayang

Sunday 21 October 2012

jiran bertunang :D tahniah angah

salam...
dh lama x update memang
lepas saja habis periksa, belum kesempatan nak update
jadi hari ni nak tunjuklah sikit
aktiviti nita semalam...

selamat bertunang angah, semoga berbahagia

seronoknya muda-muda dah bertunang, 
dan x lama lagi dah nak ke jinjang pelamin walaupon dalam usia 20,  
seronok rasanya tengok orang-orang kawin muda ni..
dah sampai jodoh kan.
angah nampak sangat cantik dan awesome giler... 
suka2 :D

kami ni berlima datang sama-sama semalam,
kami la antara jiran-jiran angah :D
sempat jugak kami nak bergambar bersama


wahhh.. teruja rasanya tengok barang-barang hantarannya...
cantik sangat dan geram


ermm... dorang ni nak amik berkat skali la tu
itu yang nak juga bergambar sama..

tahniah skali lagi kepada angah atau mira .. 
nita x ingat nama sebenar.. hehehe
semoga berbahagia...



sekian terima kasih..
hanya gambar dapat menceritakan suasana.
wasalam dan smile :D


"andai itu jodoh ku, diriku redha ya Allah"