Friday 31 August 2012

bisnes is my life :D

salam.
nita tak nak cakap banyak cuma nak tunjuk sikit
pic-pic masa nita niaga dulu..
best!!!
nita sangat suka berniaga.

amboi..headfone x lepas.. hee :D


with my sisters :D niaga masa hari sukan sekolah rendah


buat muka ayu... mana tahu ramai lak yang nak beli... hehehe


gerai kami adalah terpanjang sekali...
jual sosej, nugget, wantan, sandwich, dadih, pelbagai jenis air dan ice blended :D
keropok lekor tidak dilupakan.. hehehe

cara menuang kena bergaya sikit :D

nita niaga ice blenz tu masa habis SPM sebelum dapat UTM..
kerja sambilan..
then pic-pic niaga makanan tu, baru-baru lagi...
bantu akak niaga..

k.. terima kasih sebab nak tengok..
smile :D

wasalam drp nita

cita-cita perlu di realisasikan

Monday 27 August 2012

Ambillah diriku sebagai pengganti


Salam.
Nita nak kongsi satu cerita yang memilukan sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri 2012, maknanya kejadian ni berlaku sebelum esoknya raya..

Ketika tu nita tengah mengayam ketupat di depan bilik mandi bersama adik. Kiranya depan bilik mandi tu ada ruang untuk kami membuat kerja di situ, sebab kt situ je yang kosong. Semasa kami mengayam ketupat tu, tetiba abah keluar drp tandas (entah bila masuk pun nita tak perasan sebenarnya). Terkejut tengok abah keluar, pulak dekat hidung ada kesan darah.

Nita       :               abah.. hidung abah berdarah…
abah      :               hanya mengangguk, tanpa berkata apa-apa
Nita       :               kejap abah, ita amikkan kain.

Sambil berlari-lari anak, nita masuk kebilik abah dan ambil tuala abah.. kemudian kembali kat abah kat bilik mandi tu. Semasa menghulurkan tuala tu kat abah… TIBA-TIBA..abah cakap

Abah     :               ta, basuhkan tu (sambil menguak pintu tandas lebih luas)
nita        :               (terkejut, sambil bertanya ) abah muntah  ke? ( mata tidak lepas- lepas tengok darah yang abah muntah)
Abah     :               hanya mengangguk lagi ( kelihatan abah sgt lemah)
Selepas itu, adik suruh abah duduk dulu dekat kerusi yang nita duduk masa menganyam ketupat tadi.

masih terkejut sebenarnya tengok banyak darah dekat lantai tandas tu, sangat banyak, nita yang masih terkejut berlari keruang tamu sambil memanggil emak yang sedang menjahit baju pelanggan.

Nita        :               mak… abah muntah darah!!!

Emak terkejut terus berlari ke arah bilik mandi tanpa berkata-kata ,di sertai oleh akak-akak yang tadinya ikut membantu mak menjahit. Nita juga turut ikut berlari ke bilik mandi tengok keadaan abah. Emak masuk sebentar di ikuti yang lain tengok ke dalam bilik mandi.

 Terkejut mak dan adik beradik yang lain tengok darah banyak kat lantar bilik mandi. Kemudian, emak menyuruh nita siram darah abah tu. Nita pun cepat-cepat memasang paip sambil menyiram darah abah tu. Ketika itu emak pula tengok  keadaan  abah sambil membawa abah ke dalam bilik.

 Ketika nita siram darah abah tu… ya Allah tak tahan rasanya melihat, sebab darah yang abah muntah tu lain daripada yang lain,sangat susah disiram dan ada ketul-ketul yang sangat besar malah seperti hati ayam yang potong besar-besar, sebak rasanya hati ini. Menjadi persoalan nita “ apakah ini???” .

Selepas siap menjirus darah-darah tadi sehingga tanpa tinggal walaupun sedikit kesan darah tu,kemudian  nita pergi tengok abah dekat bilik abah. Dalam keadaan yang masih dalam persoalan nita tengok emak menangis-nangis keluar daripada bilik , nita masuk kemudian tengok akak niza pun turut menangis sambil menuam ais kat kepala dan badan abah.

Paling nita rasa sebak, bila tengok keadaan abah yang sangat lemah sambil mengucap dua kalimah syahadah. Nita terus duduk dekat tepi katil sambil mengurut-ngurut kaki abah. Termasuk adik nita pun duduk disisi abah tapi di bahagian kaki abah, kami mengurut-kami abah sambil sama-sama mengucap dua kalimah syahadah. (kami semua terbayang kan sesuatu yang kami semua tak inginkan , “ya Allah jauhkan lah daripada abah”, pulak kelihatan abah sangat lemah dan malah kehilangan sedikit semangat lepas abah ternampak darahnya tadi, pulak abah memang tak tahan tengok darah ).

Akak niza mengusap abah dengan ais dekat kepala dan badan abah, akak ewa pula mengurut-ngurut dada abah dan kadang-kadang tangan abah, serta nita dan adik mengurut tapak kaki abah dan kaki abah. Abah kelihatan sangat pucat mungkin kerana kehilangan banyak darah dalam badan.

Emak dan akak anim pula menliphone abang-abang yang masih belum pulang dan memberitahu saudara mara bahawa abah muntah darah. Kami yang dalam bilik tak dapat menahan air mata di saat mendengar abah mengucap dengan lemah, kami sama-sama memberi semangat kat abah “ Abah kuat ye bah”, “abah tahan taw”, “tak da apa la bah muntah tu” semua kata-kata tu untuk mengembalikan semangat abah.

Selepas beberapa minit kemudian, abah akan di bawa ke Hospital Slim River, Tanjong Malim yang akan dipandu abg en, di ikuti oleh abg ewan, adik dan emak. Semasa berjalan untuk masuk ke kereta kelihatan abah seperti tiada tenaga untuk berjalan kerana masih lemah, terpaksa dipimpin dengan anak-anak lelakinya.

Sebelum perjalanan ke hospital kami adik beradik semuanya memohon maaf kepada abah dan memberi sedikit kata-kata semangat kepada abah. Disaat kereta bergerak masing-masing menitis kan air mata tetapi kami sentiasa mendoakan kesejahteraan abah.

Kami yang masih tinggal seperti lemah untuk membuat persiapan untuk raya keesokannya kerana masih memikirkan punca-punca abah muntah darah, kami membuat pekerjaan seolah-olah sangat lambat, dan sehingga malam kami masih tetunggu-tunggu berita terkini tentang abah. Setiap jam abg ewan akan menberitahu keputusan tentang abah.

Pada malam tu, kami adik beradik semua yang masih tinggal membuat solat berjemaah dan membacakan Yassin untuk abah bagi memberi kekuatan dekat abah agar kuat melawan sakitnya.

Alhamdulilah abah selamat, setelah di masukkan ke hospital untuk diperiksa, abah dimasukkan kamera ke dalam mulutnya untuk melihat ke dalaman abah, dan keputusan daripada doktor pakar menyatakan bahawa abah ada luka dalam perut ditempat penyimpanan makanan yang menyebabkan darah masuk kedalam tempat simpanan itu. Abg nita kata luka tu sama macam “ulser dalam perot”, punca-punca abah kena luka dalam perut tu disebabkan oleh “ubat penahan sakit”.

Mungkin ketika di bulan puasa, abah  sering memakan ubat penahan sakit untuk menahan sakitnya, sebab abah ada penyakit Gout. Kami berasa lega sedikit bila mendengar abah tidak ada apa-apa malah dimasukkan banyak air serta tiga beg darah. Pada malam tu kami berbincang akan melawat abah keesokannya semua adik beradik. Pulak besoknya adalah raya. Kesian abah terpaksa beraya di hospital di hari raya pertama.

Lagi sebak bila teringat besok pagi raya tanpa abah di sisi kami.

Sampai disini sahaja cerita nita. InsyaAllah nita akan sambung lagi untuk memberitahu keadaan abah selepas keluar daripada hospital.

Semoga abah cepat sembuh dan kembali sihat seperti dulu. Tunggu nita pegang segenggam ijazah taw abah. Nita sayang abah.

Wasalam daripada nita.

Kasih sayang tak kan terputus sampai bila-bila.

Sunday 26 August 2012

b4 raya habis.. see this


salam..
terasa lama nita x update blog ni kn..
x nk ckp panjang..
juz bace jew poster kitorg kt bawah ni k :)


nita n my adikzz :)...

kalau lapang jemput2 la dtg rumah k.. :)
maaf nita wish lewat sikit..
di sebabkan terlalu sibuk :)
smile.. :D

tetamu pulang membawa dosa kita pergi..jadi layan la tetamu sebaiknya :)

wasalam..