salam...
hee :)...dua hari lepas nita ada post pasal kene gigitan lipan kan..
jadi kali ni, nita nk bagi info pasal merawat kesan gigitan lipan pulak... :)
cara ini juga boleh digunakan untuk merawat kesan gigitan lebah dan tembuan...
nita dapatkan info ini juga daripa blog2 rakan...
cara 1 :
Bahan yang diperlukan: Air masak, bawang putih, garam dan minyak masak
Caranya: Air masak (air mati) hendaklah diminum sebanyak mungkin. Sementara itu bawang putih hendaklah dihiris halus. Campurkan sedikit garam dan minyak masak. Kacau biar sebati. Kemudian sapukan adunan ini pada bahagian yang terkena gigitan.
cara 2 :
Bahan yang diperlukan: Biji asam jawa,
Caranya: Tumbuk beberapa butir biji asam jawa sehingga halus. Basahkan sedikit seperti hendak memakai bedak sejuk. Kemudian tempelkan pada bahagian yang terkena gigitan. Beberapa saat berikutnya rasa sakit akan segera hilang.
cara 3 :
Mula-mula, anda ambil segelas air putih dan campurkannya dengan sebuku garam jantan (garam kasar). Kemudian, bacakan Surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali. Akhir sekali, berilah mangsa yang terkena gigitan binatang berbisa tu minum air garam tadi.
cara 4 :
Ambil sedikit cuka dan garam dam campurkan kedua duanya hingga sebati. Selepas itu gunakan bahan tersebut untuk disapu atau direndam pada tempat yang terkena gigitan. Insya Allah bengkak dan sakit akan beransur pulih.
cara 5 :
Ambil beberapa biji lada putih. Kemudian tumbuk halus dan campurkan sedikit minyak masak. Gaulkan sebati dan sapukan pada bekas gigitan lipan. InsyaAllah bisa gigitan lipan semakin berkurang.
cara 6 :
Titiskan 2 - 3 titis getah keladi yang sudah tua di atas tempat yang disengat. Lebih baik jika tidak membiarkan titisan tadi meleleh ke tempat lain. Baca selawat 3, 5 atau 7 kali dan kesat dengan kain buruk yang bersih. Ulang sebanyak tiga kali. Insyaallah kesan sengat penyengat, lipan atau tabuan akan tawar.
ermm...ni lah yg nita dapat dari blog rakan2 untuk bagi penawar kesan lipan yg kena dekat kepala nita...
tapi ada lagi petua yang sangat mujarab....
ni mak nita yang buat masa nita kena gigit lipan :
caranya, ambil daun "akar cerito" kemudian tumbuk sehingga hampir lumat kemudian titiskan beberapa titik pada daun yang dah di lumatkan tadi , seterusnya letak pada kawasan yang kena gigitan lipan.....insyaAllah akan sembuh....tapi alhamdulillah dengan cara ni nita semboh keesokannya cuma rasa kejang di leher sahaja...
"akar cerito" ni pahit rasanya dan byk kelebihan...
selamat mencuba... :)
carilah pelbagai penawar sebagai ikhtiar untuk sembuh
As salam..hye..
ReplyDeleteAlhamdulillah penawar ni sangat ii berkesan larh ....
ReplyDeleteTq sebab sanggup kongsi penawar ni ��