Thursday, 3 January 2013

kek cawan pisang kukus *lembut dan gebu*

Assalam..
selamat hari jumaat..
pejam celik pejam celik  
lagi dua hari dah nak habis cuti mid sem
jadi sementara masa yang ada ni
nita cuba buat kek pisang kukus yang comel.
nita biasanya buat kek lapis kukus,
 tapi kali ni nak cuba buat kuih lain pulak

nita cuma guna bahan yang ada je
bahan-bahannya sangat ringkas

kalau teman-teman rasa nak cuba
jom baca lagi bawah-bawah ni

nyum-nyumieee... kek pisang ni sangat lembut taw
rasa tercabar gak bila adik cakap
" nanti bantat lagi kuihnya"
hehehe,
alhamdulillah jadi


bahan-bahan ( untuk 20 cup)
120g majerin
120g tepung gandum 
 1 camt baking powder atau soda bikarbonat
70g gula perang/gula kastor
2 biji telur
50ml susu sejat/cair
1 camt esen vanila
1 camt esen pisang
4/5 biji pisang emas dilenyek



cara-caranya :
Majerin dan gula pukul hingga kembang dan masukkan telur satu persatu. 
Pukul lagi.
Masukkan esen vanila, susu cair dan tepung yang dah dicampur dengan baking powder,sedikit demi sedikit.
Pukul rata hingga sebati.
Masukkan pisang dan esen pisang.
kemudian setelah siap, 
masukkan kedalam cup-cup. boleh dapat dalam 20 cup,
 pastikan guna cup yang besar-besar tu. kemudian kukus selama 20-45 minit.
boleh juga jika nak dibakar dalam oven 
dengan bersuhu ~165'C selama 20 - 25 minit @ hingga masak.
.Bergantung pada suhu oven dan saiz kek..



maaf la ye jika gambar tidak cantik
biasa la, nita bukan photographer
cuma guna henpon biasa je amik gambar-gambar ni

oklah.. jumpa lagi ye..
selamat mencuba
btw rasa happy sangat tadi,
 bila tengok riaksi mak,
mak tersenyum sambil buat "thumb up"
sambil kata, nanti boleh la terus jual..
yeahhhh...

wasalam teman
smile always
:D


jangan berhenti untuk terus mencuba dan mencuba

2 comments:

  1. Cik,,,, mkasih buat resepnya,, meskipun kita beda negara,, moga bisa share yaa,, :)

    ReplyDelete