salam..
hai...
hari ni nita nak cerita sikit pasal patah hati...
rasa patah hati adalah sesuatu perasaan yang tidak menyeronokkan, dan kadang-kadang akan menyebabkan kemurungan, contohnya nafsu makan berkurangan, mata bengkak kerana menangis semalaman, malah kadang-kadang emosi seseorang akan meningkat secara tiba-tiba dan yang lebih buruk lagi apabila akan menyebabkan akal seseorang itu berhenti..
ermm.. berat juga risiko patah hati ni kan
nita terbaca satu aktikel ni, dekat penulisan dia, katanya... seseorang yang mahu jatuh cinta, bererti dia juga seharusnya mahu sakit kerana patah hati.
patah hati ini juga ada baiknya kerana sesetengah punca patah hati ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi lebih matang, berfikiran lebih terbuka serta lebih kuat menerima dugaan di masa akan datang.
jadi kita kena lah ambil unsur positif nya kan..
memang tidak mudah melupakan kekasih kita yang dulu amat dicintai dan disukai, kerana mereka adalah kekasih kita yang terindah sebelum ini yang pernah dimiliki. tidak kira lah sama ada dia menolak cinta kita, atau kita yang menolak cintanya, setelah berlaku sesuatu masalah yang menyebabkan kita bersama pasangan putus, kita seharusnya menjalinkan hubungan kawan dengan mereka dan tidak perlu bermusuhan. manalah tahu, setelah kita berkawan hubungan kita dapat diperbaiki disebabkan kita telah banyak belajar sebelum ini tentang mereka ...jika dia tidak lagi menjadi pasangan kita semula cukup la saja menjadi sahabat atau teman biasa, kerana kan tidak elok manusia bermusuhan.. tiada makna kita bermusuh setelah putus bercinta, cuma berdoa bekas pasangan masing-masing bahagia dengan kehidupan sendiri..
ermm... nita tak pasti sama ada pandangan nita ni dipersetujui atau tidak, apa yang penting selagi kita hidup carilah kebahagian, jika kesedihan datang.. belajarlah mengatasi kesedihan itu dengan matang..
nita pun pernah patah hati dan sentisa belajar mengubat rasa patah hati, jika tidak dikawal rasa patah hati ni banyak pula risiko lain ayang akan datang kan.. daripada memikirkan hal-hal sebegini baik kita memikirkan keluarga kita yang sentiasa ada bersama kita...\
<3 love u so much <3
untuk seseorang yang sentiasa ikhlas pada nita
ok lah.. x nak cakap banyak-banyak...
sampai disini sahaja coretan nita
jumpa lagi...
wasalam
No comments:
Post a Comment