Wednesday, 8 March 2017
Aku kembali
Test test....masih bernyawa lagi rupanya blog ni, setelah betahun2x hilang tanpa jejak kini aq kembali.
Monday, 8 July 2013
Andai sahabat melangkah pergi
Terima kasih...
telah membuatku kagum
telah membuatku terpegun
mengingatkanku akan kelemahanku
menjadi cermin atas ilmuku yang lusuh
Terima Kasih...
telah membuatku sedar
telah membuatku tak gentar
mempertahankan apa yang kuyakini benar
menghilangkan ragu, kuatir akan pesona yang pudar
Mulia di sisi-Nya, mengikut sunnah Rasul-Nya
Terima Kasih...
telah membuatkan ku bangkit
telah membuatkan hatiku tak lagi sakit
yakin akan yang terbaik dari-Nya
sentiasa ikhtiar, tak berputus asa
lupakan kecewa, menjemput berkat
Terima kasih...
telah membuatku tak sendiri
telah membuatku kuat dalam hidup ini
dalam dakapan silaturahim
dalam menuju redha Allah SWT
saling menghormati, saling memotivasi
Terima kasih...
telah membuatku tersenyum dan tertawa
telah membuatku ceria dan bahagia
mengobarkan kembali semangatku
memberi kesenangan dalam diriku
Sahabat...
Engkau terima kasih ku ucap kerana
mengingatkanku di tengah alpaku
menjagaku di tengah lalaiku
mendoakanku meski aku tak pernah tahu
:: andai sahabat menghilang pergi,ini hadiah untuk mu ::
Terima kasih menjadi kawan, sahabat, teman, rakan, adik
Wednesday, 12 June 2013
Monday, 18 March 2013
Tuesday, 12 March 2013
final exam 2013 *hari BZ*
Assalam...
heee....
bz, bz, bz..
drp pagi, ptg dan sampai la mlm...
urmmmm
tengok gambar bawah ni jew..
ini la yang membuatkan nita dalam keadaan bz sekarang
final exam tinggal beberapa hari je lagi
banyak lagi yang nak kena baca ni
saya Noranita binti Abdullah memohon ampun maaf kepada
sesiapa saja yang nita dah terbuat salah atau terkecil hati
harap di maafkan.
kepada teman-teman tidak kira mana-mana Universiti
nita doakan semoga anda semua berjaya dalam
peperiksaan akhir 2013 ni.
malah, semoga perjalanan peperiksaan berjalan dengan lancar
amin
ok lah, nita nak sambung belajar ni
jumpa lagi nanti..
wassalam
smile like this :D
Usaha + Doa + Tawakkal
Monday, 11 March 2013
background lappy nita tok mac'13
assalam..
hee selamat petang
nita baru balik kelas ni..
penat masih terasa
kejap lagi nak tido kot
hah.. cakap sikit jew..
ini la dia hasil nya untuk bulan mac ni..
x kn lari daripada warna oren kn
ambil masa 2 jam je
edit pic ni
tapi rasanya nita akan tukar DP lappy yang lain rasanya
sempena minggu periksa ni
hohoho
jumpa lagi
wassalam
senyuman yang ikhlas lebih membahagiakan
Friday, 8 March 2013
Lawatan ke Jabatan Akauntan Negara -UTMKL-
Assalam
selamat pagi , mari senyum macam ni
:D:D:D
tiada cerita menarik yang nita nak kongsi
cuma nak tunjuk la sikit
gambar-gambar kenangan
masa nita dan kawan-kawan buat lawatan ke
Jabatan Akauntan Negara di Putrajaya
setiap detik ada gambar
lawatan ni dibuat oleh kelab Smart yang mempunyai dua
kos didalamnya iaitu Pengurusan Teknologi dan Pengurusan Teknologi (Akaun).
pendedahan yang kami dapat semasa membuat lawatan ni adalah
kami di beri penerangan tetang skop kerja yang ditawarkan dekat Jabatan Akauntan Negara ni
bila dengar cara mereka membuat tapisan semasa membuat interview...
woooo... seram taw, mereka di pihak jabatan memang nak yang betul-betul pekerja yang komitmen dan cerdik dari segi intelektual.
kalau nak tahu mcam mana seram nya tu, cuba la "apply" sini
hikhikhik
sapa nak angkat ibu jari kaki.. hahaha
purata jabatan akauntan akan memilih pelajar daripada kelulusan daripada UiTM
dimana pelajar UiTM memang keluaran akauntan yang terbaik
dan peluang untuk kami pelajar-pelajar daripada UTM ni agak
erm....x mau cakap la...heehhe
terpaksa la cari kerja lain
tapi x salah kalau nak mencuba kerja dekat jabatan ni
mana la tahu ada rezeki
tingginya mamat tu
kebetulan masa tu ada expo,
kami pun jalan-jalan la.
seronok main benda ni
kami menghabiskan masa bermain dan berseronok dekat expo tu
sementara menunggu bas daripada Kuala Lumpur
disebabkan hari tu, hari Jumaat
kena la tunggu pakcik bas.
kalau ada sapa-sapa berminat nak tahu pasal
Jabatan Akauntan Negara ni
dan nak cuba kerja kat sini
taip-taip la di Google anda
"Jabatan Akauntan Negara atau ANM"
hehehe.
ok lah, itu sahaja cerita nita
bukan yang menarik
hanya perkongsian pengalaman
nak cerita banyak-banyak malas nak menaip
heee :D
jangan lupa serapan pagi yew
senyum selalu seperti semanis madu
wassalam
rezeki Allah yang beri, tidak salah kalau mahu mencuba
Sunday, 24 February 2013
background lappy nita
Assalam
heee.. salam magrib
apa la.. org lain dah bersiap-siap untuk solat magrib
budak ni
masih leka di depan laptop
hehehe
cuma nak cakap sekejap jew
mehh la tengok background lappy nita ni
untuk bulan ni
next bulan maby nak tukar lain pulak
minggu lepas edit
belajar guna you tube
simple jew..
insyaAllah nanti nak buat lagi yg lebih
urmmmpppp...
x tahu kenapa suka sangat oren
dalam hidup ni,
semua barang cari oren
"melambangkan keceriaan"
ok lah, dah nak masuk waktu
out dulu, nak mandi :D
wassalam, senyum-senyum selalu.
ikhlaskan diri dengan hati yang suci
Thursday, 14 February 2013
first time belajar design baju
Assalam..
selamat petang :D
senyum selalu
x nak cakap banyak
cuma nak tunjuk
design baju yang nita cuba buat
bulan lepas
hehehe..
kononnya nak buat baju untuk kelas
tapi support daripada kengkawan kureeeng la
jadi..
cukup la sekadar mengasah
minda mereka benda ni
ni design pertama
x cantik pon..
cuma ni je la aktiviti nita mengisi masa lapang
bila boring-boring dan malas nak buat xciment
ni la keja nya
mengedit sesuatu.
kalau dulu suka melukis
sekarang dah ada teknologi
kita manfaatkan pula teknologi yang ada
ni pulak design kedua
btw kalau lelaki edit lagi gempak dan stylooo :D
jelez jugak bila tengok
kawan-kawan lelaki yang dekat UTM tu
pandai betul edit gambar
memang cun lah
belajar la jugak sikit-sikit daripada dorang
ok la.. sampai sini saja nita membebel
x da benda menarik nak post
ni jew la buat masa ni
senyum-senyum selalu
macam ni
:D :D :D
wassalam
senyum selalu kalau nak awet muda
Tuesday, 12 February 2013
hoho.. ayam bakar berempah asal drp kampung
Assalam
hee :D
hari ini, hari Rabu
selamat teruskan bercuti bagi pelajar-pelajar
dan selamat bekerja semula bagi para pekerja.
macam tonggang terbalik je ayat nita ni.
haa.... dalam cuti-cuti panjang ni, jangan berlapang sangat
jom main masak-masak dengan menu baru
harini nita nak tunjukkan menu lunch nita
iaitu ayam bakar berempah asal daripada kampung
*mudah
* bahan yang sikit
* sedap
*lembut
kalau betul sedap la...tapi habis juga
family nita makan..
yes!!
bahan-bahannya :
- 1/2 ayam yang sudah dipotong ( mengikut citarasa)
- 1 biji bawang merah besar
-1 biji bawang merah kecil
- 5 biji bawang putih
-2 batang serai
-sepotong halia
-1 sudu teh garam kasar
- 1 sudu biasa gula kasar
- dua helai daun kunyit
-secubit serbuk kunyit
cara-caranya :
basuh ayam dengan bersih kemudian asingkan.
seterusnya, semua bahan-bahan tadi,kita kisar halus kecuali daun kunyit.
daun kunyit perlu cincang halus
kemudian gaulkan dengan bahan-bahan yang dikisar tadi dalam satu bekas,
kemudian masukkan ayam, gaul lagi dan perapkan.
kalau guna pemanggang ajaib tidak perlu perap lama-lama,
cuma 15 minit je, tapi kalau bakar guna arang
perap la selama satu jam ataupun sehari dalam peti ais.
setelah 45 minit masak dan kelihatan masak,
angkat dan hidangkan.
* tapi kalau nak lebih sedap boleh juga letakkan lengkuas
ikut citarasa anda
susun rapat-rapat pon x pa sebab nanti ayam itu akan mengecut,
kalau boleh jangan biarkan banyak air dalam pemanggang ni
nanti bila dah menggelegak airnya,
mula la menjejeh-jejeh airnya keluar..
mudah je, cuma bakar menggunakan pemanggang ajaib
ramuan ni mengikut citarasa sendiri.
kalau bagi nita lagi suka bahan-bahan semula jadi macam ni
rempahnya di buat sendiri
tapi bagi mereka yang suka
BBQ yang sudah siap rempahnya pun boleh
lagi senang untuk buat
:D
semasa dihidang
yeahh...
ayam bakar berempah asal drp kampung
tapi bukan guna ayam kampung,
guna ayam bandar
nita hidangkan ayam bakar ni dengan sayur campur dan air asam
serta jus carrot susu
nyummie..
sayur campur warna warni
air asam untuk cicah dengan ayam bakar
ok.. itu saja yang nita nak kongsi petang ni
selamat mencuba dan menjamu selera
kalau ada ramuan yang lebih sedap
kongsi-kongsi la ye..
wasalam
senyum selalu
sibukkan diri dengan melakukan sesuatu yang berfaedah untuk menghilangkan rasa sedih
Sunday, 10 February 2013
bila awak dah ada dia
tajuk lagu : Dia yang kau pilih
penyanyi : Shahir
saya undur diri
bila saya tengok awak
lebih bahagia dengan dia..
saya x mahu awak terluka bila disamping saya
saya x pandai jaga awak
pasal tu la awak
cari yang lain
selamat tinggal cyg
Setiap baris kata-kata yang ku baca
Bagaikan jalan hidupku
Tiada lurus semua seolah hampa
Haruskah aku sesali
Bagai kisah kita yang surut selalu
Bilakan berakhir
Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu
Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka
Setiap kata kau ucap semua dusta
Pernahkah kau menyesali
Tiada tulus semua helah semata
Haruskah aku menanti
Kini kan berakhir
Ku takkan berpaling
Relakan segala
Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu
Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka
Sunday, 27 January 2013
no more " CINTA " nafsu
Assalam
* mood duka *
tapi
*kembali senyum*
*kembali senyum*
Allah akan bagi dugaan mengikut kemampuan kita
Allah akan bagi dugaan yang berliku-liku dalam kehidupan,
tapi perlu ingat ... walaupun sukarnya dugaan...
Allah sentiasa disisi..
Allah sentiasa disisi..
: CINTA :
x salah bercinta, tapi perlu cinta pada yang betul..
Cinta pada Allah, Nabi, Al Quran dan sunnah, Keluarga...
tapi... bukan pakwe..malah cinta dunia seperti harta dan lain-lain
tapi... bukan pakwe..malah cinta dunia seperti harta dan lain-lain
kerana Cinta dunia dan makluk di dunia yang x sepatutnya *mesti pahamkan...
ramai yang telah kecundang dan terpesong daripada melalui jalan Allah
CINTA nafsu :
* membawa manusia hanyut dilembah hina
* membuatkan manusia leka dan hilang pedoman
* manusia hilang rasa malu bila membuat maksiat
* membuatkan manusia leka dan hilang pedoman
* manusia hilang rasa malu bila membuat maksiat
* membuatkan diri sentiasa berduka jika teringat kisah lampau
dan macam-macam lagi...
jadi berhati-hati bila kita bercinta..
memang betul, tiap kali kita merancang sesuatu yang baik
nafsu kita x dapat menahan buat sesuatu yang jahat juga
nafsu kita x dapat menahan buat sesuatu yang jahat juga
oleh itu, cepat-cepatlah bertaubat
bertaubat itu WAJIB
bertaubat itu WAJIB
itu semua kententuan Allah..
cara paling terbaik untuk dekat kepada Allah ialah berzikir
jihad yang paling tinggi adalah berjihad melawan nafsu
:: bila kita masih gagal untuk menjadi orang baik
jangan berputus asa,
putus asa itu teman syaitan,
tapi kita perlu kuat semula untuk berubah kembali kejalan Allah ::
ini semua berlaku di sebabkan CINTA nafsu
x kira cinta nafsu kepada Dunia ataupun makhluknya.
x kira cinta nafsu kepada Dunia ataupun makhluknya.
" ini adalah kata-kata semangat untuk nita sendiri sebenarnya
disamping berkongsi bersama teman-teman, terima kasih membaca "
that all
wassalam
wassalam
ALLAH berjanji akan sentiasa di SISI kita
Thursday, 3 January 2013
kek cawan pisang kukus *lembut dan gebu*
Assalam..
selamat hari jumaat..
pejam celik pejam celik
lagi dua hari dah nak habis cuti mid sem
jadi sementara masa yang ada ni
nita cuba buat kek pisang kukus yang comel.
nita biasanya buat kek lapis kukus,
tapi kali ni nak cuba buat kuih lain pulak
nita cuma guna bahan yang ada je
bahan-bahannya sangat ringkas
kalau teman-teman rasa nak cuba
jom baca lagi bawah-bawah ni
nyum-nyumieee... kek pisang ni sangat lembut taw
rasa tercabar gak bila adik cakap
" nanti bantat lagi kuihnya"
hehehe,
alhamdulillah jadi
bahan-bahan ( untuk 20 cup)
120g majerin
120g tepung gandum
1 camt baking powder atau soda bikarbonat
70g gula perang/gula kastor
2 biji telur
50ml susu sejat/cair
1 camt esen vanila
1 camt esen pisang
4/5 biji pisang emas dilenyek
cara-caranya :
Majerin dan gula pukul hingga kembang dan masukkan telur satu persatu.
Pukul lagi.
Masukkan esen vanila, susu cair dan tepung yang dah dicampur dengan baking powder,sedikit demi sedikit.
Pukul rata hingga sebati.
Masukkan pisang dan esen pisang.
kemudian setelah siap,
masukkan kedalam cup-cup. boleh dapat dalam 20 cup,
pastikan guna cup yang besar-besar tu. kemudian kukus selama 20-45 minit.
boleh juga jika nak dibakar dalam oven
dengan bersuhu ~165'C selama 20 - 25 minit @ hingga masak.
.Bergantung pada suhu oven dan saiz kek..
maaf la ye jika gambar tidak cantik
biasa la, nita bukan photographer
cuma guna henpon biasa je amik gambar-gambar ni
oklah.. jumpa lagi ye..
selamat mencuba
btw rasa happy sangat tadi,
bila tengok riaksi mak,
mak tersenyum sambil buat "thumb up"
sambil kata, nanti boleh la terus jual..
yeahhhh...
wasalam teman
smile always
:D
jangan berhenti untuk terus mencuba dan mencuba
Subscribe to:
Posts (Atom)