Tuesday, 12 February 2013

hoho.. ayam bakar berempah asal drp kampung

Assalam
hee :D
hari ini, hari Rabu
selamat teruskan bercuti bagi pelajar-pelajar
dan selamat bekerja semula bagi para pekerja.
macam tonggang terbalik je ayat nita ni.
 haa.... dalam cuti-cuti panjang ni,  jangan berlapang sangat
jom main masak-masak dengan menu baru

harini nita nak tunjukkan menu lunch nita
iaitu ayam bakar berempah asal daripada kampung

*mudah
* bahan yang sikit
* sedap
*lembut

kalau betul sedap la...tapi habis juga
family nita makan..
yes!!

bahan-bahannya :
- 1/2 ayam yang sudah dipotong ( mengikut citarasa)
- 1 biji bawang  merah besar
-1 biji bawang merah kecil
- 5 biji bawang putih
-2 batang serai
-sepotong halia
-1 sudu teh garam kasar
- 1 sudu biasa gula kasar
- dua helai daun kunyit
-secubit serbuk kunyit

cara-caranya :
basuh ayam dengan bersih kemudian asingkan.
seterusnya, semua bahan-bahan tadi,kita kisar halus kecuali daun kunyit.
daun kunyit perlu cincang halus
 kemudian gaulkan dengan bahan-bahan yang dikisar tadi dalam satu bekas,
kemudian masukkan ayam, gaul lagi dan perapkan.
kalau guna pemanggang ajaib tidak perlu perap lama-lama,
cuma 15 minit je, tapi kalau bakar guna arang
perap la selama satu jam ataupun sehari dalam peti ais.
setelah 45 minit masak dan kelihatan masak, 
angkat dan hidangkan.

* tapi kalau nak lebih sedap boleh juga letakkan lengkuas
ikut citarasa anda

susun rapat-rapat pon x pa sebab nanti ayam itu akan mengecut,
kalau boleh jangan biarkan banyak air dalam pemanggang ni
nanti bila dah menggelegak airnya,
mula la menjejeh-jejeh airnya keluar..

mudah je, cuma bakar menggunakan pemanggang ajaib


ramuan ni mengikut citarasa sendiri.

kalau bagi nita lagi suka bahan-bahan semula jadi macam ni
rempahnya di buat sendiri
tapi bagi mereka yang suka
BBQ yang sudah siap rempahnya pun boleh
lagi senang untuk buat 
:D



semasa dihidang

yeahh...
ayam bakar berempah asal drp kampung
tapi bukan guna ayam kampung,
guna ayam bandar

nita hidangkan ayam bakar ni dengan sayur campur dan air asam
serta jus carrot susu
nyummie..
sayur campur warna warni

air asam untuk cicah dengan ayam bakar

ok.. itu saja yang nita nak kongsi petang ni
selamat mencuba dan menjamu selera
kalau ada ramuan yang lebih sedap
kongsi-kongsi la ye..

wasalam
senyum selalu


sibukkan diri dengan melakukan sesuatu yang berfaedah untuk menghilangkan rasa sedih


No comments:

Post a Comment