Sunday, 24 February 2013

background lappy nita

Assalam
heee.. salam magrib
apa la.. org lain dah bersiap-siap untuk solat magrib
budak ni 
masih leka di depan laptop
hehehe
cuma nak cakap sekejap jew
mehh la tengok background lappy nita ni
untuk bulan ni
next bulan maby nak tukar lain pulak

minggu lepas edit
belajar guna you tube
simple jew..
insyaAllah nanti nak buat lagi yg lebih
urmmmpppp...


x tahu kenapa suka sangat oren
dalam hidup ni,
semua barang cari oren
"melambangkan keceriaan"

ok lah, dah nak masuk waktu
out dulu, nak mandi :D
wassalam, senyum-senyum selalu.

ikhlaskan diri dengan hati yang suci

Thursday, 14 February 2013

first time belajar design baju

Assalam..
selamat petang :D
senyum selalu

x nak cakap banyak
cuma nak tunjuk
design baju yang nita cuba buat
bulan lepas
hehehe..
kononnya nak buat baju untuk kelas
tapi support daripada kengkawan kureeeng la
jadi..
cukup la sekadar mengasah
minda mereka benda ni

 ni design pertama

x cantik pon..
cuma ni je la aktiviti nita mengisi masa lapang
bila boring-boring dan malas nak buat xciment
ni la keja nya
mengedit sesuatu.
kalau dulu suka melukis 
sekarang dah ada teknologi
kita manfaatkan pula teknologi yang ada

ni pulak design kedua




btw kalau lelaki edit lagi gempak dan stylooo :D
jelez jugak bila tengok 
kawan-kawan lelaki yang dekat UTM tu
pandai betul edit gambar
memang cun lah
belajar la jugak sikit-sikit daripada dorang

ok la.. sampai sini saja nita membebel
x da benda menarik nak post
ni jew la buat masa ni

senyum-senyum selalu 
macam ni
:D :D :D
wassalam


senyum selalu kalau nak awet muda

Tuesday, 12 February 2013

hoho.. ayam bakar berempah asal drp kampung

Assalam
hee :D
hari ini, hari Rabu
selamat teruskan bercuti bagi pelajar-pelajar
dan selamat bekerja semula bagi para pekerja.
macam tonggang terbalik je ayat nita ni.
 haa.... dalam cuti-cuti panjang ni,  jangan berlapang sangat
jom main masak-masak dengan menu baru

harini nita nak tunjukkan menu lunch nita
iaitu ayam bakar berempah asal daripada kampung

*mudah
* bahan yang sikit
* sedap
*lembut

kalau betul sedap la...tapi habis juga
family nita makan..
yes!!

bahan-bahannya :
- 1/2 ayam yang sudah dipotong ( mengikut citarasa)
- 1 biji bawang  merah besar
-1 biji bawang merah kecil
- 5 biji bawang putih
-2 batang serai
-sepotong halia
-1 sudu teh garam kasar
- 1 sudu biasa gula kasar
- dua helai daun kunyit
-secubit serbuk kunyit

cara-caranya :
basuh ayam dengan bersih kemudian asingkan.
seterusnya, semua bahan-bahan tadi,kita kisar halus kecuali daun kunyit.
daun kunyit perlu cincang halus
 kemudian gaulkan dengan bahan-bahan yang dikisar tadi dalam satu bekas,
kemudian masukkan ayam, gaul lagi dan perapkan.
kalau guna pemanggang ajaib tidak perlu perap lama-lama,
cuma 15 minit je, tapi kalau bakar guna arang
perap la selama satu jam ataupun sehari dalam peti ais.
setelah 45 minit masak dan kelihatan masak, 
angkat dan hidangkan.

* tapi kalau nak lebih sedap boleh juga letakkan lengkuas
ikut citarasa anda

susun rapat-rapat pon x pa sebab nanti ayam itu akan mengecut,
kalau boleh jangan biarkan banyak air dalam pemanggang ni
nanti bila dah menggelegak airnya,
mula la menjejeh-jejeh airnya keluar..

mudah je, cuma bakar menggunakan pemanggang ajaib


ramuan ni mengikut citarasa sendiri.

kalau bagi nita lagi suka bahan-bahan semula jadi macam ni
rempahnya di buat sendiri
tapi bagi mereka yang suka
BBQ yang sudah siap rempahnya pun boleh
lagi senang untuk buat 
:D



semasa dihidang

yeahh...
ayam bakar berempah asal drp kampung
tapi bukan guna ayam kampung,
guna ayam bandar

nita hidangkan ayam bakar ni dengan sayur campur dan air asam
serta jus carrot susu
nyummie..
sayur campur warna warni

air asam untuk cicah dengan ayam bakar

ok.. itu saja yang nita nak kongsi petang ni
selamat mencuba dan menjamu selera
kalau ada ramuan yang lebih sedap
kongsi-kongsi la ye..

wasalam
senyum selalu


sibukkan diri dengan melakukan sesuatu yang berfaedah untuk menghilangkan rasa sedih


Sunday, 10 February 2013

bila awak dah ada dia


tajuk lagu : Dia yang kau pilih
penyanyi : Shahir

saya undur diri
bila saya tengok awak
lebih bahagia dengan dia..
saya x mahu awak terluka bila disamping saya
saya x pandai jaga awak
pasal tu la awak
cari yang lain
selamat tinggal cyg


Setiap baris kata-kata yang ku baca
Bagaikan jalan hidupku
Tiada lurus semua seolah hampa
Haruskah aku sesali

Bagai kisah kita yang surut selalu
Bilakan berakhir

Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka

Setiap kata kau ucap semua dusta
Pernahkah kau menyesali
Tiada tulus semua helah semata
Haruskah aku menanti

Kini kan berakhir
Ku takkan berpaling
Relakan segala

Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka