Nita nak kongsi satu cerita yang
memilukan sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri 2012, maknanya kejadian ni
berlaku sebelum esoknya raya..
Ketika tu nita tengah mengayam
ketupat di depan bilik mandi bersama adik. Kiranya depan bilik mandi tu ada
ruang untuk kami membuat kerja di situ, sebab kt situ je yang kosong. Semasa
kami mengayam ketupat tu, tetiba abah keluar drp tandas (entah bila masuk pun
nita tak perasan sebenarnya). Terkejut tengok abah keluar, pulak dekat hidung
ada kesan darah.
Nita : abah.. hidung abah berdarah…
abah : hanya mengangguk, tanpa berkata apa-apa
Nita : kejap abah, ita amikkan kain.
Sambil berlari-lari anak, nita
masuk kebilik abah dan ambil tuala abah.. kemudian kembali kat abah kat bilik
mandi tu. Semasa menghulurkan tuala tu kat abah… TIBA-TIBA..abah cakap
Abah : ta, basuhkan tu (sambil menguak
pintu tandas lebih luas)
nita : (terkejut, sambil bertanya ) abah muntah ke? ( mata tidak lepas- lepas tengok darah
yang abah muntah)
Abah : hanya mengangguk lagi ( kelihatan
abah sgt lemah)
Selepas itu, adik suruh abah duduk
dulu dekat kerusi yang nita duduk masa menganyam ketupat tadi.
masih terkejut sebenarnya tengok banyak darah dekat lantai tandas tu, sangat
banyak, nita yang masih terkejut berlari keruang tamu sambil memanggil emak
yang sedang menjahit baju pelanggan.
Nita : mak… abah muntah darah!!!
Emak terkejut terus berlari ke arah
bilik mandi tanpa berkata-kata ,di sertai oleh akak-akak yang tadinya ikut
membantu mak menjahit. Nita juga turut ikut berlari ke bilik mandi tengok
keadaan abah. Emak masuk sebentar di ikuti yang lain tengok ke dalam bilik
mandi.
Terkejut mak dan adik beradik yang lain tengok
darah banyak kat lantar bilik mandi. Kemudian, emak menyuruh nita siram darah
abah tu. Nita pun cepat-cepat memasang paip sambil menyiram darah abah tu.
Ketika itu emak pula tengok keadaan abah sambil membawa abah ke dalam bilik.
Ketika nita siram darah abah tu… ya Allah tak
tahan rasanya melihat, sebab darah yang abah muntah tu lain daripada yang
lain,sangat susah disiram dan ada ketul-ketul yang sangat besar malah seperti
hati ayam yang potong besar-besar, sebak rasanya hati ini. Menjadi persoalan
nita “ apakah ini???” .
Selepas siap menjirus darah-darah
tadi sehingga tanpa tinggal walaupun sedikit kesan darah tu,kemudian nita pergi tengok abah dekat bilik abah. Dalam
keadaan yang masih dalam persoalan nita tengok emak menangis-nangis keluar
daripada bilik , nita masuk kemudian tengok akak niza pun turut menangis sambil
menuam ais kat kepala dan badan abah.
Paling nita rasa sebak, bila tengok
keadaan abah yang sangat lemah sambil mengucap dua kalimah syahadah. Nita terus
duduk dekat tepi katil sambil mengurut-ngurut kaki abah. Termasuk adik nita pun
duduk disisi abah tapi di bahagian kaki abah, kami mengurut-kami abah sambil
sama-sama mengucap dua kalimah syahadah. (kami semua terbayang kan sesuatu yang
kami semua tak inginkan , “ya Allah jauhkan lah daripada abah”, pulak kelihatan
abah sangat lemah dan malah kehilangan sedikit semangat lepas abah ternampak
darahnya tadi, pulak abah memang tak tahan tengok darah ).
Akak niza mengusap abah dengan ais
dekat kepala dan badan abah, akak ewa pula mengurut-ngurut dada abah dan
kadang-kadang tangan abah, serta nita dan adik mengurut tapak kaki abah dan
kaki abah. Abah kelihatan sangat pucat mungkin kerana kehilangan banyak darah
dalam badan.
Emak dan akak anim pula menliphone
abang-abang yang masih belum pulang dan memberitahu saudara mara bahawa abah
muntah darah. Kami yang dalam bilik tak dapat menahan air mata di saat
mendengar abah mengucap dengan lemah, kami sama-sama memberi semangat kat abah
“ Abah kuat ye bah”, “abah tahan taw”, “tak da apa la bah muntah tu” semua
kata-kata tu untuk mengembalikan semangat abah.
Selepas beberapa minit kemudian,
abah akan di bawa ke Hospital Slim River, Tanjong Malim yang akan dipandu abg
en, di ikuti oleh abg ewan, adik dan emak. Semasa berjalan untuk masuk ke
kereta kelihatan abah seperti tiada tenaga untuk berjalan kerana masih lemah,
terpaksa dipimpin dengan anak-anak lelakinya.
Sebelum perjalanan ke hospital kami
adik beradik semuanya memohon maaf kepada abah dan memberi sedikit kata-kata
semangat kepada abah. Disaat kereta bergerak masing-masing menitis kan air mata
tetapi kami sentiasa mendoakan kesejahteraan abah.
Kami yang masih tinggal seperti
lemah untuk membuat persiapan untuk raya keesokannya kerana masih memikirkan
punca-punca abah muntah darah, kami membuat pekerjaan seolah-olah sangat
lambat, dan sehingga malam kami masih tetunggu-tunggu berita terkini tentang
abah. Setiap jam abg ewan akan menberitahu keputusan tentang abah.
Pada malam tu, kami adik beradik
semua yang masih tinggal membuat solat berjemaah dan membacakan Yassin untuk
abah bagi memberi kekuatan dekat abah agar kuat melawan sakitnya.
Alhamdulilah abah selamat, setelah
di masukkan ke hospital untuk diperiksa, abah dimasukkan kamera ke dalam
mulutnya untuk melihat ke dalaman abah, dan keputusan daripada doktor pakar
menyatakan bahawa abah ada luka dalam perut ditempat penyimpanan makanan yang
menyebabkan darah masuk kedalam tempat simpanan itu. Abg nita kata luka tu sama
macam “ulser dalam perot”, punca-punca abah kena luka dalam perut tu disebabkan
oleh “ubat penahan sakit”.
Mungkin ketika di bulan puasa, abah
sering memakan ubat penahan sakit untuk
menahan sakitnya, sebab abah ada penyakit Gout. Kami berasa lega sedikit bila
mendengar abah tidak ada apa-apa malah dimasukkan banyak air serta tiga beg
darah. Pada malam tu kami berbincang akan melawat abah keesokannya semua adik beradik.
Pulak besoknya adalah raya. Kesian abah terpaksa beraya di hospital di hari
raya pertama.
Lagi sebak bila teringat besok pagi
raya tanpa abah di sisi kami.
Sampai disini sahaja cerita nita.
InsyaAllah nita akan sambung lagi untuk memberitahu keadaan abah selepas keluar
daripada hospital.
Semoga abah cepat sembuh dan
kembali sihat seperti dulu. Tunggu nita pegang segenggam ijazah taw abah. Nita
sayang abah.
Wasalam daripada nita.
Kasih sayang tak kan terputus sampai bila-bila.